Home Politik Sokongan PAS dan Bersatu kepada kerajaan bersyarat, perlu dihormati – Muhyiddin

Sokongan PAS dan Bersatu kepada kerajaan bersyarat, perlu dihormati – Muhyiddin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 29 Jan –Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan sokongan PAS dan Bersatu terhadap Kerajaan Persekutuan adalah bersyarat.

Beliau menyatakan perkara tersebut semasa sidang media pasca Muzakarah PAS-Bersatu.

“Muzakarah mempertegaskan sokongan PAS dan Bersatu dalam kerajaan persekutuan adalah bersyarat, perlu dihormati dan dirundingi di atas nilai integriti, anti rasuah serta berkebajikan,” katanya.

Menurutnya, perkara tersebut merupakan salah satu daripada resolusi yang dicapai antara kedua-dua pihak dalam mesyuarat bersama yang diadakan di sejak semalam.

Selain daripada itu, Muhyiddin menyatakan PAS dan Bersatu sebagai satu pasukan sehingga ke peringkat akar umbi.

Jelasnya, mesyuarat yang berlangsung selama 2 hari ini turut dihadiri oleh pemimpin dari majlis tertinggi, ketua wanita, dan sayap pemimpin muda dari kedua-dua parti.

Mengulas penyertaan PRN Johor, Muhyiddin menyatakan kedua-dua parti akan bertanding di bawah Perikatan Nasional. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply