Home SemasaGlobal Rusia hantar pasukan pertahanan udara ke negara jiran Ukraine

Rusia hantar pasukan pertahanan udara ke negara jiran Ukraine

by M.Daim

MOSKOW, 29 Jan – Tentera Rusia telah menghantar 12 buah sistem pertahanan udara Pantsir-S ke Belarus.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam satu kenyataan berkata, perhantaran pasukan pertahanan udara negara itu ke Belarus akan selesai pada 9 Februari.

“Selepas 9 Februari, atur gerak dan pembentukan trup di Republik Belarus akan dilaksanakan secepat mungkin,

“Ini melibatkan penyusunan semula pasukan serta membentuk kumpulan pertahanan untuk melindungi ruang udara serta fasiliti penting,” kata kenyataan itu.

Tambahnya, pasukan pertahanan udara yang diaturgerak ke Belarus akan menyertai latihan bersama pertahanan udara dengan negara itu pada Februari ini.

“Atur gerak ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pertahanan udara bersama Rusia-Belarus,” katanya.

Khamis lalu, Rusia telah menghantar jet pejuang Su-35 ke Belarus bagi melaksanakan latihan bersama. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply