Home SemasaAS kenakan sekatan import sarung tangan dan minyak sawit Malaysia

AS kenakan sekatan import sarung tangan dan minyak sawit Malaysia

by M.Daim
A+A-
Reset

WASHINGTONG, 29 Jan – Pihak Berkuasa Sempadan dan Kastam Amerika Syarikat (CBP) telah mengeluarkan arahan untuk menyekat produk sarung tangan sarung tangan dan minyak sawit Malaysia.

CBP dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mendapati berlaku pengunaan buruh paksa oleh Sime Darby Plantation Berhad (Sime Darby).

“Berkuatkuasa serta merta, Pegawai CBP di semua pintu masuk AS akan merampas minyak sawit dan produk berkaitan dengan Sime Darby Plantation Berhad (Sime Darby),

“Sekatan ini turut merangkumi anak syarikat Sime Darby Plantation Berhad dan usahasama berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan ini bukan kali pertama AS mengenakan sekatan terhadap syarikat produk minyak sawit negara.

Pada masa yang sama, pihak CBP turut mengenakan sekatan terhadap produk sarung tangan yang dikeluarkan oleh YTY Industry Holdings Sdn Bhd (YTY Group).

“Sekatan ini melibatkan YTY Industry Holdings Sdn Bhd, termasuk YTY Industry Sdn Bhd, Green Prospect Sdn Bhd, dan GP Lumut,” katanya.

Menurut CBP, sekatan dibuat berikutan laporan eksploitasi pekerja dan buruh paksa  yang berlaku di syarikat terbabit.

“Pihak kami mengenalpasti berlakunya penindasan, penipuan, penahanan dokumen pekerja, ancaman, ikatan hutang, bekerja lebih masa yang melampau dan kitaran hidup serta pekerjaan yang tidak sihat,” katanya.

CBP menegaskan pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana syarikat atau pengeluar produk yang menggunakan perkhidmatan buruh paksa dan juga terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia.

Sekatan terhadap produk kedua-dua syarikat Malaysia dikeluarkan dalam notis bertarikh 28 Januari 2021.

Ini merupakan notis sekatan ke-8 yang dikeluarkan oleh AS terhadap syarikat-syarikat di Malaysia semenjak 2019. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply