Home Politik Ketua Bahagian Bersatu Tebrau umum keluar parti

Ketua Bahagian Bersatu Tebrau umum keluar parti

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 27 Jan – Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Tebrau, Mazlan Bujang mengumumkan peletakan dan keluar dari parti berkuat kuasa serta-merta.

“Saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Bersatu Tebrau serta merta dan keluar parti Bersatu,” katanya semasa sidang media di Kompleks Yayasan Warisan Johor, hari ini.

Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha Bahagian, pegawai dan beberapa Ahli Jawatankuasa Bersatu Tebrau.

Mazlan yang juga EXCO Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor serta Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa menyatakan beliau tidak menyertai mana-mana parti pada masa ini.

“Saya kini tidak menjadi ahli mana-mana parti tapi menyokong kerajaan Barisan Nasional,” katanya.

Selain daripada itu, Mazlan menegaskan beliau menyokong Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad untuk menerajui Johor.

“Saya juga mengambil pendirian menyokong Datuk Hasni untuk memimpin semula negeri Johor dan mewujudkan kestabilan politik demi masa depan negeri yang lebih baik,

“Keputusan ini dibuat bagi mewujudkan kerajaan negeri yang stabil, kepimpinan yang diyakini dan juga berdasarkan kegagalan kepimpinan Pakatan Harapan sebelum ini,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply