Home SemasaCOVID-19: Kes kembali melebihi paras 5,000

COVID-19: Kes kembali melebihi paras 5,000

by M.Daim
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 27 Jan – Jumlah kes jangkitan baharu COVID-19 di negara ini terus meningkat.

“Pada 27 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,439 kes,

“Ini kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,850,408 kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, negara mencatatkan 4,774 kes COVID-19.

Ini merupakan kali pertama negara mencatatkan kes melebih paras 5,000 kes pada tahun ini. Kali terakhir angka kes melebihi paras tersebut adalah pada 10 Disember 2021 dengan catatan 5,058 kes.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menyatakan gelombang Omicron sedang melanda negara.

Dalam satu hantaran akaun Twitternya, beliau menegaskan sistem kesihatan negara telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply