Home SemasaGlobal UAE berjaya pintas 2 peluru berpandu balistik Houthi

UAE berjaya pintas 2 peluru berpandu balistik Houthi

by M.Daim

ABU DHABI, 24 Jan – Pasukan pertahanan udara Emiryah Arab Bersatu (UAE) telah berjaya memintas 2 peluru berpandu balistik yang dilancarkan terhadap negara itu, hari ini.

Kementerian Pertahanan UAE dalam satu kenyataan berkata, serangan peluru berpandu balistik telah dilancarkan dari Yaman.

“Serangan tersebut berjaya dipatahkan dan tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa,

“Serpihan peluru berpandu balistik yang dipintas telah jatuh di beberapa lokasi sekitar Abu Dhabi,” kata kenyataan itu.

Perkembangan terbaharu ini sekaligus menunjukkan Houthi tetap meneruskan Operasi Badai Yaman terhadap UAE.

Operasi bermula dengan serangan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kruis dan dron terhadap Abu Dhabi pada 18 Januari lalu.

Lantaran dari serangan tersebut, tentera bersekutu yang diketuai oleh Arab Saudi telah melancarkan beberapa siri serangan udara di Yaman. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply