Home Politik PRN Johor: Bersatu akan bincang bersama PAS dan GERAKAN

PRN Johor: Bersatu akan bincang bersama PAS dan GERAKAN

by M.Daim

JOHOR BAHRU, 23 Jan – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan parti komponen Perikatan Nasional (PN) Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)  dalam masa terdekat.

Setiausaha Bersatu Negeri Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dalam satu kenyataan berkata, perbincangan dengan PAS dan GERAKAN akan menyentuh persiapan dan persediaan jentera PRN.

“Bersatu negeri Johor di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci bersama Ketua-Ketua BERSATU Bahagian dan jentera pilihanraya negeri,

“Mesyuarat ini akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuklah persiapan dan persediaan jentera bagi menghadapi PRN Johor yang akan diadakan dalam masa terdekat,

“Selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama PAS dan GERAKAN selaku komponen dalam PN Negeri Johor juga akan diadakan bagi tujuan yang sama,” katanya.

Beliau menegaskan Bersatu sentiasa meletakkan soal kemaslahatan negeri dan rakyat sebagai keutamaan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply