Home SemasaGlobal Guna ambulans palsu seludup 28 migran

Guna ambulans palsu seludup 28 migran

by M.Daim

MEXICO CITY, 23 Jan – Pasukan keselamatan Mexico telah membongkar taktik penyeludupan manusia di negara itu dengan menggunakan ambulans palsu.

Dalam kejadian Sabtu di Oaxaca, seramai 28 orang warga Nicaragua termasuk 9 kanak-kanak ditemui dalam sebuah van yang menggunakan logo ambulans hospital di negara Amerika Tengah itu.

“Pemandu kenderaan terbabit menyamar sebagai pekerja kesihatan bagi mengaburi mata pihak keselamatan,

“Namun, beliau telah ditahan dan 28 orang warga Nicaragua ditemui dalam van yang dipandu olehnya,” menurut laporan AP.

Difahamkan kesemua migran terbabit cuba memasuki Amerika Syarikat melalui Mexico.

Kumpulan penyeludup di negara Amerika Tengah itu seringkali menggunakan bas dan trak untuk melakukan kegiatan mereka. Malah, penyeludup migran menampal logo syarikat besar bagi menggelakkan pemeriksaan terperinci terhadap kenderaan oleh pihak berkuasa. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply