Home SemasaGlobal Peluru berpandu Korea Utara bukan hipersonik – Korea Selatan

Peluru berpandu Korea Utara bukan hipersonik – Korea Selatan

by M.Daim

SEOUL, 8 Jan – Kementerian Pertahanan Korea Selatan menolak dakwaan Korea Utara bahawa Pyongyang telah melancarkan peluru berpandu hipersonik pada Rabu lalu.

Menurutnya, Korea Utara hanyar melancarkan peluru berpandu balistik biasa yang boleh dipintas oleh sistem pertahannya.

“Korea Utara masih belum dapat menguasai teknologi yang diperlukan untuk menghasilkan peluru berpandu hipersonik,

“Berkemungkinan dakwaan tersebut sengaja direka oleh Pyongyang bagi mendapatkan sokongan rakyatnya terhadap program peluru berpandu yang sedang berjalan,” kata pihak Kementerian Korea Selatan yang dipetik oleh AP.

Agensi berita Korea Utara, KCNA sebelum ini mendakwa tentera negara itu telah melancarkan peluru berpandu hipersonik pada awal pagi Rabu lalu.

Menurutnya, peluru berpandu tersebut berjaya mengenai sasaran pada jarak 700 kilometer.

Pelancaran tersebut merupakan kali pertama dilakukan oleh Korea Utara pada tahun 2022. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply