Home Semasa KD JEBAT, KD GEMPITA laksana latihan Perang Pangkor di Selat Melaka

KD JEBAT, KD GEMPITA laksana latihan Perang Pangkor di Selat Melaka

by Nurulhuda

LUMUT, 7 Jan – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah melaksanakan Latihan Perang Pangkor 1/2022 untuk menguji dan tahap kesiagaan serta keupayaan armadanya, hari ini.

Markas Pemerintahan Armada Barat (MPAB) dalam kenyataan berkata, latihan kesiagaan secara berkala yang dilaksanakan sekitar perairan Selat Melaka ini juga bagi menguji keupayaan warganya dalam melaksanakan tugasan teras di lapangan.

Menurutnya, latihan ini telah disertai dan dijayakan oleh beberapa aset TLDM iaitu KD JEBAT dan KD GEMPITA serta disokong oleh Fast Combat Boat TLDM.

“Pelbagai siri latihan telah berjaya diterjemahkan sepanjang latihan berlangsung meliputi aspek latihan navigasi, komunikasi, llmu kelautan dan peperangan,

“Sebagai nilai tambah, latihan mengawal kebanjiran dan melawan api (MKMA) juga turut dilaksanakan bagi menguji tahap ketersediaan warga kapal dalam menghadapi sebarang kemungkinan luar jangka dalam situasi sebenar di lapangan,” jelas TLDM.

Selain itu, latihan kesiagaan ini merupakan pendekatan efektif bagi mengekalkan tahap profesionalisme warga TLDM agar sentiasa berada pada tahap yang tertinggi dalam mendepani sebarang situasi konflik atau peperangan sebenar.

Tambahnya, latihan secara berterusan ini juga akan diteruskan bagi memastikan armada TLDM sentiasa berada ditahap kesiagaan yang tertinggi serta mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang pada sebilang masa.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply