Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
7 pesawat tentera China masuki zon pertahanan udara Taiwan – Air Times News Network
Home SemasaGlobal 7 pesawat tentera China masuki zon pertahanan udara Taiwan

7 pesawat tentera China masuki zon pertahanan udara Taiwan

by M.Daim

TAIPEI, 5 Jan – Taiwan melaporkan sebanyak 7 buah pesawat tentera China dikesan memasuki zon pertahanan udara (ADIZ) negara pulau itu, semalam.

Kementerian Pertahanan Taiwan dalam satu kenyataan berkata, angka tersebut merangkumi 5 buah jet pejuang J-16, dan 2 buah pesawat Shaanxi Y-8.

“Sebanyak 9 buah pesawat tentera udara China memasuki ADIZ pada minggu pertama Januari tahun ini,

“Pada Disember lalu, 86 buah pesawat tentera China telah dikesan memasuki ADIZ,” lapor Taiwan News. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?