Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Permohonan Pas Khas warga asing terkandas akibat PKP dilanjut – Air Times News Network
Home Semasa Permohonan Pas Khas warga asing terkandas akibat PKP dilanjut

Permohonan Pas Khas warga asing terkandas akibat PKP dilanjut

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan urusan permohonan Pas Khas warga asing bagi pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) dan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang yang terkandas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tinggal lebih masa mulai 1 Februari 2020 dilanjutkan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagi pemegang PLS, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 31 Januari 2022.

Manakala, bagi pemegang PLS Jangka Panjang, tempoh permohonan Pas Khas dilanjutkan sehingga 30 Jun 2022.

“Urusan permohonan Pas Khas dan pembaharuan PLS Jangka Panjang boleh dilaksanakan di Kaunter Bahagian Visa, Pas dan Permit di semua cawangan Pejabat Imigresen Negeri,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Selain itu, urusan pembaharuan PLS Jangka Panjang Pasangan kepada warganegara boleh dilakukan secara atas talian melalui sistem ePLSI.

“Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati dengan melayari laman web JIM di pautan https://www.imi.gov.my,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?