Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Helikopter EC 725 AP terbangkan pesakit warga emas dari Pulau Tioman ke Kuantan

Helikopter EC 725 AP terbangkan pesakit warga emas dari Pulau Tioman ke Kuantan

by Air Times News Network

KUANTAN, 2 Jan – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pemindahan perubatan (MEDEVAC) dengan membuat penerbangan ihsan membawa pesakit warga emas dari Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

TUDM dalam kenyataan berkata, pesakit Mohamad Asar Sarip, 69, mengidap sakit gastrik dan dehidrasi yang teruk serta memerlukan rawatan susulan di hospital.

“Pesakit telah menerima rawatan sementara oleh Pakar Perubatan Kecemasan, Dr Yip Yat Keong dr HTAA Kuantan sebelum menaiki pesawat,

“Pesakit telah dibawa menaiki helikopter EC725 AP dari No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan dan diterbangkan dari Lapangan Terbang Pulau Tioman ke HTAA pada jam 4.20 petang,” katanya pada Jumaat.

Menurut TUDM, pesawat tersebut diterbangkan oleh Mejar Mohd Rafiq Rahmad TUDM dan Pembantu Juruterbang Kapten Muhammad Farid Esmon TUDM, 2 Kuartermaster Udara serta 2 orang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply