Home SemasaGlobal Diisytihar sebagai kumpulan pengganas, Hamas saman United Kingdom

Diisytihar sebagai kumpulan pengganas, Hamas saman United Kingdom

by M.Daim

GAZA, 29 Nov – Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengumumkan mereka akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan United Kingdom kerana mengisytiharkan kumpulan terbabit sebagai pengganas.

Ketua Biro Politik Hamas, Mousa Abu Marzouk menegaskan pihak mereka sedang bekerjasama dengan pelbagai organisasi dan institusi berhubung pengisytiharan tersebut.

“Hamas sedang berhubung dan bekerjasama dengan kumpulan peguam di Britain untuk membatalkan keputusan tersebut,” kata Marzouk.

Menurut laporan Anodolu Agency, Marzouk turut menggesa penyatuan dan pendamaian antara Fatah dan Hamas demi Palestin.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri UK telah mengisytiharkan Hamas sebagai pengganas setelah satu rang undang-undang diluluskan oleh parlimen negara itu pada 19 November lalu.

Dalam undang-undang tersebut, anggota kumpulan Hamas atau penyokong kumpulan terbabit berdepan dengan hukuman 14 tahun penjara.

UK sebelum ini mengklasifikasikan sayap bersenjata Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam sebagai pengganas pada tahun 2001. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply