Home Semasa Taiwan terima jet latihan baharu, ganti F-5E

Taiwan terima jet latihan baharu, ganti F-5E

by M.Daim

TAIPEI, 29 Nov – Tentera Udara Taiwan ( Republic of China Air Force, ROCAF) dijangka akan menerima jet latihan baharu, Brave Eagle, pada hari ini.

Jet latihan lanjutan, Brave Eagle dihasilkan oleh syarikat Taiwan, Aerospace Industrial Development Corporation.

Menurut laporan Taiwan News, pesawat tersebut merupakan yang pertama diterima oleh ROCAF.

Taipei sebelum ini rancang perolehan 66 buah Brave Eagle bagi menggantikan jet pejuang Northrop F-5E/F Tiger II.

“2 pesawat baharu akan siap pada Disember ini dan 8 buah lagi pada tahun 2022,” kata laporan itu.

Selain daripada itu, ROCAF dijadualkan akan menerima 17 Brave Eagle pada tahun 2023, 18 pada tahun 2024 dan jumlah yang sama untuk tahun 2025.

Penghantaran akhir dijadualkan pada tahun 2026 dengan 3 buah pesawat. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply