Home SemasaGlobal Belgium kenakan peraturan label produk dari kawasan penempatan haram, Israel ‘merajuk’

Belgium kenakan peraturan label produk dari kawasan penempatan haram, Israel ‘merajuk’

by M.Daim

BRUSSELS, 25 Nov – Gara-gara penguatkuasaan peraturan untuk mewajibkan label kenal pasti produk dari penempatan haram, Israel batalkan pertemuan dengan Menteri Luar Belgium.

Timbalan Menteri Luar Israel, Idan Roll menyatakan keputusan untuk membatalkan pertemuan tersebut melalui akaun Twitter rasminya.

“Tindakan Belgium untuk menguatkuasakan peraturan melabel produk dari kawasan penempatan akan menggalakkan ekstremisme,

“Ini tidak akan membantu untuk memulihkan keamanan di rantau Timur Tengah,” kata Idan yang dipetik oleh AP.

Menurut beliau, peraturan ini sekaligus menunjukkan keengganan Belgium untuk menyumbang dan mendukung kestabilan serantau.

Sementara itu, kerajaan Belgium menegaskan peraturan tersebut adalah mengikuti undang-undang antarabangsa dan Eropah.

Menurut Pejabat Menteri Luar Belgium, peraturan label tersebut dikuatkuasakan bagi membezakan produk yang dikeluarkan dari Israel dan wilayah Palestin .

Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) pada tahun 2019 telah memutuskan mana-mana negara anggota EU mesti mengenakan label pada produk yang dikeluarkan dari kawasan penempatan Israel.

Israel menegaskan keputusan tersebut adalah tidak adil dan merupakan satu bentuk diskriminasi.

Keputusan dibuat berikutan Israel mencabar langkah Perancis untuk melabel produk yang dikeluarkan dari kawasan dijajah di Mahkamah Tinggi EU.

Israel telah menjajah kawasan Tebing Barat, Timur Baitulmuqaddis dan Genting Gaza dalanm Perang Arab-Israel 1967.

Israel telah berundur dari Tebing Gaza pada tahun 2005.

Penempatan Israel yang dibina di kawasan jajahan mereka tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa kerana ianya akan menghalang pembentukan negara Palestin.

Related Articles

Leave a Reply