Home Semasa KKM syor garis masa dan jenis vaksin sebagai dos penggalak

KKM syor garis masa dan jenis vaksin sebagai dos penggalak

by M.Daim

PUTRAJAYA, 25 Nov – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech, Coronavac (Sinovac/Pharmaniaga Lifescience) dan AstraZeneca sebagai dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, syor tersebut telah digariskan oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Penggalak (CITF-B) selepas mendapat kelulusan dari Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Turut dinyatakan adalah garis masa penerimaan dos penggalak dari tempoh akhir penerimaan vaksin.

“Penerima vaksin CoronaVac disyorkan untuk mengambil dos penggalak selepas 3 bulan dari dos kedua,

“Dos penggalak Pfizer diberi kepada semua peringkat umur atau AstraZeneca bagi individu berumur 50 tahun ke atas,” katanya.

Tambahnya, individu lengkap terima CoronaVac diberikan pilihan untuk menerima vaksin yang sama jenis sebagai dos penggalak sekiranya mereka tidak boleh mengambil vaksin Pfizer atau AstraZeneca bagi tujuan yang sama.

“Individu yang memilih untuk mengambil CoronVac sebagai dos penggalak perlu memaklumkan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk menerima vaksin tersebut,

“Namun begitu, TWG masih mengesyorkan mereka untuk menerima Pfizer atau AstraZeneca sebagai dos penggalak,” ujarnya.

Penerima vaksin AstraZeneca pula disyorkan untuk menerima vaksin yang sama sebagai dos penggalak untuk semua peringkat umur. Selain daripada itu, mereka dibenarkan untuk menerima Pfizer sebagai dos pengalak.

“Penerima vaksin Astrazeneca digalakkan untuk mengambil dos penggalak selepas 6 bulan daripada dos kedua,” katanya.

Selain daripada itu, KKM mengesyorkan penerima vaksin Pfizer, Moderna dan CanSino untuk menerima dos penggalak dari dos terakhir.

Mereka dibenarkan untuk menerima dos penggalak Pfizer bagi semua peringkat umur atau AstraZeneca bagi individu berusia 50 tahun ke atas.

Dos penggalak yang sama turut diberikan kepada penerima Sinopharm dan Johnson & Johnson tetapi mempunyai garis masa yang berbeza.

“Penerima vaksin Sinopharm disyorkan untuk menerima dos penggalak selepas 3 bulan daripada dos kedua manakal Johnson & Johnson 2 bula daripada dos terakhir,” jelas Khairy.

Beliau menambah, dos penggalak diberikan di fasiliti pengamal perubatan swasta atau di luar fasiliti kesihatan swasta.

“Dos penggalak juga diberikan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan terpilih serta aktiviti jangkau luar,” ujarnya.

Menurut Khairy, tarikh janji temu untuk dos penggalak bagi individu yang layak akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera.

Selain daripada itu, penerima boleh mendaftar dalam senarai menunggu untuk mendapatkan tarikh janji temu di fasiliti kesihatan awam dan swasta terpilih. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply