Home Politik Menteri jangan salah guna SOP PRN Melaka – Menteri Undang-undang

Menteri jangan salah guna SOP PRN Melaka – Menteri Undang-undang

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) hari ini menegaskan tiada double standard (pilih kasih) dalam pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar turut menyatakan beliau akan meminta menteri jangan menyalahgunakan SOP yang digariskan semasa Mesyuarat Kabinet akan datang.

“Saya akan bangkitkan perkara ini dalam mesyuarat akan datang, meminta para menteri jangan mencari jalan untuk salah guna (circumvent) SOP ditetapkan,

 “Kita tidak mengamalkan pilih kasih. Kalau undang-undang dilaksanakan satu pihak, mesti dilaksanakan pihak lain,” katanya.

Beliau menambah kerajaan mengimbangi dua faktor utama dalam PRN Melaka iaitu melaksanakan demokrasi dan menjamin keselamatan umum dalam menghadapi ancaman wabak pandemik COVID-19.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan larangan sebarang aktiviti, majlis sosial, dan perhimpunan berkaitan PRN di Melaka.

Melaka telah beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara semenjak 18 Oktober lalu.

Hari penamaan calon PRN Melaka adalah ditetapkan pada 8 November. Undi awal akan dilaksanakan pada 16 November manakala Hari Mengundi adalah 20 November. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply