Home Politik PRN Melaka: BERSATU, PAS dan Gerakan tanding guna tiket Perikatan Nasional

PRN Melaka: BERSATU, PAS dan Gerakan tanding guna tiket Perikatan Nasional

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se Malaysia (PAS) dan Parti Gerakan Rakyat Malysia (GERAKAN) telah bersetuju untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mengguna satu lambang iaitu Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi PN, Tan Seri Datuk Muhyiddin Yassin dalam kenyataanya berkata, keputusan itu dibuat semalam oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat khas, yang diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri Melaka.

“Saya telah mempengerusikan mesyuarat khas yang dihadiri oleh semua parti komponen – Bersatu, PAS, Star Sabah, SAPP dan Gerakan,

“Rundingan bagi kerusi-kerusi akan ditandatangani oleh parti PN dan akan dimuktamatkan oleh Jawatankuasa Rundingan Kerusi parti PN,

“Majlis Tertinggi telah memutuskan bagi mengerakkan sepenuhnya jentera parti masing-masing dan mengembeleng seluruh tenaga bagi memenangi kepercayaan rakyat Negeri Melaka agar mencapai kejayaan dalam PRN Melaka,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Tambahnya, PN sentiasa berpegang kepada aspirasi memelihara perpaduan, memastikan pentadbiran berintegriti dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober lalu, langkah yang diambil selepas 4 wakil kerajaan menarik balik sokongan mereka kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.– airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply