Home PolitikPakatan Harapan Pindaan Perlembagaan MA63 wajar diteruskan – Pakatan Harapan

Pindaan Perlembagaan MA63 wajar diteruskan – Pakatan Harapan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 25 Ok – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kecewa dan kesal dengan sikap kerajaan yang telah menangguhkan pindaan perlembagaan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Majlis Presiden PH berkata, Rang Undang-Undang tersebut sepatutnya dibentang di Parlimen esok tidak akan dibahas dan diluluskan pada 28 Oktober seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

“Penangguhan ini berlaku walaupun proses perbincangan dan rundingan telah diadakan selaras dengan Perkara 5 Memorandum Persefahaman di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan,

“Pakatan Harapan semestinya menyokong penuh usaha ini, yang merupakan kesinambungan usaha pimpinan PH sejak sekian lama, termasuk dalam mengiktiraf Hari Malaysia seperti yang diangkat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008,

“Ia juga selari dengan pendirian Setiausaha Agong DAP, Lim Kit Siang di Parlimen yang tidak menyokong pindaan Perlembagaan pada 1976 yang mengubah status Sabah dan Sarawak dari ‘wilayah’ menjadi ‘negeri’,” jelasnya dalam kenyataan.

Kenyataan itu ditanda tandatangani oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agong DAP, Lim Guang Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau.

Pada masa yang sama, mereka turut mengingatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi untuk memberi komitmen segera dalam melaksana pindaan ini demi keadilan buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Wan Junaidi menyatakan penangguhan tersebut dibuat bagi membolehkan Peguam Negara menjelaskan cadangan pindaan kepada anggota Kabinet dengan teliti sebelum dibentang ke Parlimen.

“Pada dasarnya, kabinet telah bersetuju untuk meluluskan memorandum undang-undang yang dicadangkan,

“Namun ada beberapa ahli yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang beberapa perkara berkaitan,” jelasnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply