Home SemasaGlobal Bekas perisik rayu AS bantu bebaskan anak dari penjara Arab Saudi

Bekas perisik rayu AS bantu bebaskan anak dari penjara Arab Saudi

by Natasha Azereen

WASHINGTON, 25 Okt – Seorang bekas perisik merayu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, untuk campur tangan bagi membebaskan anaknya dari dipenjarakan oleh Arab Saudi.

Saad al-Jabri yang turut dikenali sebagai bekas juruiring kepada Putera Mohammed Nayef, iaitu mantan Putera Mahkota Arab Saudi dan Menteri Luar Negeri yang hidup dalam buangan akibat peristiwa rampasan kuasa oleh Putera Mohammed Salman (MBS), pada tahun 2017.

Putera Mohammed Salman kini merupakan Putera Mahkota Arab Saudi.

Kedua-dua anak Jabri dijatuhkan hukuman penjara atas dakwaan penggubahan wang haram dan cubaan melarikan diri dari Arab Saudi.

Jabri, yang diwawancara menerusi program “60 Minutes” terbitan Televisyen CBS berkata, Putera MBS merupakan ancaman sebenar terhadap Arab Saudi, AS dan dunia.

“Saya terpaksa berterus terang dan merayu kepada pentadbiran AS untuk membebaskan kesemua anak-anak ini agar kehidupan mereka kembali normal,” katanya.

Dalam temubual tersebut juga, Jabri turut mengeluarkan kenyataan bahawa Putera Mahkota Arab Saudi itu pasti akan mencari jalan untuk memastikan beliau dibunuh.

Tambahnya, Putera Mahkota Arab Saudi tidak akan berhenti menjejaki beliau.

Sebelum ini, permintaan Jabri agar anak-anaknya dibebaskan tidak dipenuhi oleh Peguam Putera MBS, Michael Kellogg atas alasan Putera Mahkota berkenaan memiliki kekebalan undang-undang sebagai Ketua Negara Asing di AS.

Jabri sebelum ini banyak terlibat dalam membaik pulih operasi perisikan dan kegiatan anti-pengganas semasa beliau bertugas bersama Kementerian Luar Negeri.

Beliau terselamat dari cubaan bunuh oleh orang upahan MBS pada tahun 2018 apabila tindakan tersebut telah dihidu oleh pasukan keselamatan Kanada. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply