Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 12 PATI Indonesia baru mendarat dicekup Tentera Darat

12 PATI Indonesia baru mendarat dicekup Tentera Darat

by Nurulhuda

BANDAR PENAWAR, 2 Sept – Hasrat 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk membolosi sempadan negara dengan melalui lorong tikus gagal, apabila diberkas oleh anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam Operasi Benteng (Op Benteng), pagi tadi.

Sel Perhubungan Raya, Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan berkata, kesemua PATI berkenaan di tahan di sekitar pinggir hutan Jalan Tanjung Balau-Sedili Kecil.

Menurutnya, tangkapan pertama berjaya dilakukan oleh anggota Pos Pemerhati yang melaksanakan rondaan dan telah terserempak dengan 2 individu yang disyaki PATI di pinggir hutan tersebut.

“Hasil maklumat tersebut, pasukan telah menghantar Tim Quick Reaction Force (QRF) ke kawasan berkenaan. Hasil penjejakan yang dilakukan telah berjaya 4 PATI lagi yang turut bersembunyi di kawasan berhampiran,

“Kemudian pada jam 11.45 pagi, seramai 6 PATI lagi telah ditangkap yang bersembunyi berhampiran kawasan tangkapan pertama dilakukan,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, 12 PATI berkenaan yang terdiri daripada 8 lelaki dan 4 wanita merupakan PATI warga negara Indonesia berusia 22 hingga 45 tahun dipercayai baru saja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan COVID-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia,

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3,988 melibatkan matawang Indonesia iaitu IDR 3,200,700.00 (RM933.00) bersama 5 buah telefon bimbit,

“Manakala, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, 3 Div berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba melakukan jenayah dan membolosi sempadan negara. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply