if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa COVID-19: 20,897 kes baharu, 4 negeri catat jangkitan lebih 2,000

COVID-19: 20,897 kes baharu, 4 negeri catat jangkitan lebih 2,000

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Sebanyak 20,897 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas mencatatkan 19,268 jangkitan pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosialnya berkata, penambahan kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif wabak berkenaan di dalam negara meningkat kepada 1,746,254 kes.

Beliau berkata, 4 negeri catat kes lebih dari 2,000 kes iaitu Selangor 4,371, Sabah (2,594), Sarawak (2,285) dan Johor (2,159) kes.

“Manakala 4 negeri pula rekod kes lebih 1,000 dengan Kedah 1,942 kes, Pulau Pinang (1,732), Kelantan (1,479), Perak (1,204) dan Kuala Lumpur 1,003 kes,

“Selain itu, Pahang mencatatkan 798 kes, Terengganu (608 kes), Melaka (417 kes), Perlis (64 kes), WP Putrajaya (25 kes) dan WP Labuan (1 kes),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan 19,268 kes baharu dan 295 kes kematian akibat COVID-19. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply