Home SemasaGlobal Serangan Israel terhadap bangunan Gaza adalah jenayah perang – kumpulan hak asasi

Serangan Israel terhadap bangunan Gaza adalah jenayah perang – kumpulan hak asasi

by M.Daim

NEW YORK, 27 Ogos – Kumpulan hak asasi antarabangsa, Human Rights Watch (HRW) menegaskan serangan tentera Israel terhadap beberapa buah bangunan di Gaza adalah sebagai satu jenayah perang.

Menurutnya, serangan udara Israel terhadap 4 buah bangunan tinggi pada Mei lalu telah melanggar undang-undang antarabangsa.

“Serangan udara yang memusnahkan bangunan tinggi di bandar Gaza secara jelas melanggar undang-undang peperangan dan boleh disifatkan sebagai jenayah perang,” kata Penyelidik Krisis dan Konflik HRW, Richard Weir, dalam satu kenyataan.

Tambahnya, serangan oleh Israel telah memberikan kesan serius jangka panjang kepada rakyat Palestin berkerja dan menjalani kehidupan seharian mereka di bangunan yang telah dimusnahkan.

“Israel sepatutnya memberi bukti dakwaan mereka bahawa bangunan tersebut telah digunakan oleh kumpulan bersenjata untuk melancarkan serangan,

“HRW mendapati tiada bukti ahli atau mana-mana entiti berkaitan dengan kumpulan Palestin yang terlibat dalam operasi ketenteraan semasa ianya dimusnahkan,” jelasnya.

Weir turut menegaskan kesan serangan Israel terhadap Gaza lebih daripada kematian orang awam.

“Serangan yang dilancarkan bukan sahaja membunuh orang awam tetapi memusnahkan rumah, perniagaan serta kelangsungan hidup masyarakat Palestin di Gaza,” tegas Weir.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan seramai 260 maut dalam krisis bersenjata yang berlaku pada Mei lalu.

Israel telah melakukan sekatan terhadap Gaza dari akses dunia luar semenjak tahun 2007. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply