Home Semasa Kereta perisa Bradley: Honeywell dianugerah kontrak bernilai US$41juta

Kereta perisa Bradley: Honeywell dianugerah kontrak bernilai US$41juta

by M.Daim

WASHINGTON, 27 Ogos – Syarikat Honeywell International Inc (Honeywell) telah dianugerahkan kontrak berjumlah US$41 juta oleh Jabatan pertahanan Amerika Syarikat (AS).

Tempoh kontrak membekalkan penjana sistem kenderaan tempur berperisai Bradley adalah selama 5 tahun dan berakhir pada 24 Ogos 2026.

“Perolehan dari satu sumber adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan,” kata Jabatan Pertahanan AS.

Bradley merupakan kenderaan tempur berperisai yang digunakan oleh AS, Lubnan dan Arab Saudi. Sebanyak 6,724 kenderaan tempur ini dihasilkan semenjak tahun 1981. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply