Home SemasaGlobal Daesh lancar serangan bunuh diri di lapangan terbang Kabul

Daesh lancar serangan bunuh diri di lapangan terbang Kabul

by M.Daim

KABUL, 27 Ogos – Kira-kira 60 rakyat Afghanistan dan 13 anggota tentera Amerika Syarikat (AS) maut selepas kumpulan pengganas Daesh melancarkan serangan di kawasan pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai.

Video selepas kejadian tular di media sosial yang memaparkan kawasan parit dipenuhi darah daripada mangsa serangan bom.

Pihak Daesh-Khorasan (ISIS-K, Daesh-K)dalam satu siaran video mengaku bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut dengan menggunakan serangan pengebom bunuh diri.

Menurutnya, serangan adalah mensasarkan pembelot yang berkerjasama dengan AS. Selain daripada itu, Daesh-K turut menuduh Taliban cuba menjadi tali barut kepada AS.

Sementara itu, Pentagon mengesahkan angka terkini maut akibat serangan itu adalah seramai 13 orang. Tambahnya, insiden merupakan terburuk yang mengorbankan banyak nyawa anggota tenteranya dalam masa sehari semenjak 10 tahun lalu.

Jurucakap Taliban, Suhail Shaheen menegaskan pihaknya mengutuk serangan tersebut.

“Pihak Emirate Islam mengutuk sekeras-kerasnya kejadian pembunuhan terhadap orang awam di lapangan terbang Kabul, yang merupakan kawasan di bawah tanggungjawab AS,

“Kami memberikan tumpuan penuh terhadap keselamatan dan perlindungan kepada orang ramai,” kata Suhail dalam satu kenyataan.

Sementara itu, netizen di Kabul melaporkan satu pertempuran kecil berlaku di kawasan Darulaman di antara Taliban dan Daesh-K. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply