Home SemasaGlobal Daesh: Pengebom lepasi sekatan keselamatan Taliban dan tentera AS

Daesh: Pengebom lepasi sekatan keselamatan Taliban dan tentera AS

by M.Daim

KABUL, 27 Ogos – Kumpulan Daesh mengaku bertanggungjawab dalam serangan bom terhadap Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, semalam.

Daesh menyatakan serangan dilakukan oleh kumpulan Daesh-Khorasan (Daesh-K).

“Pengebom berjaya melepasi 2  sekatan jalan yang dikawal oleh Taliban dan juga tentera Amerika Syarikat (AS),

“Beliau bertindak meletupkan diri di kawasan tentera AS, jurubahasa dan pembelot. Kami percaya Taliban turut tercedera dalam serangan ini,” kata Daesh melalui saluran rasminya yang dipetik oleh AP.

Seramai 60 orang rakyat Afghanistan dan 13 anggota tentera AS maut dalam dua letupan bom yang berlaku di kawasan laluan masuk lapangan terbang.

Sehingga berita ditulis, sebanyak 6 letupan berlaku secara berasingan selepas kejadian. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply