Home Ekonomi Serba Dinamik terima 11 kontrak, 8 daripadanya bernilai RM286.3 juta

Serba Dinamik terima 11 kontrak, 8 daripadanya bernilai RM286.3 juta

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Syarikat Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) hari ini mengumumkan pihaknya telah menerima 11 buah kontrak di 3 buah negara.

Dalam pengumumannya kepada Bursa Malaysia, 3 anak syarikat Serba Dinamik – PT Serba Dinamik Indonesia (PT SDI), Serba Dinamik International Ltd (SDIL) dan Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) telah dianugerah kontrak di Malaysia, Indonesia dan Nepal.

“PT SDI telah menerima 3 kontrak Operation and Maintenance (O&M) dan SDIL menerima satu kontrak Engineering, Procurement, Construction and Commissioning (EPCC),

“SDSB telah dianugerahkan sebanyak 7 kontrak O&M dan 4 kontrak EPCC,” kata Serba Dinamik dalam pengumuman itu.

Menurutnya, 8 daripada 11 kontrak yang diterima adalah bernilai USD67.7 million (RM 286.3 juta).

Antara klien yang terlibat adalah PT Pertamina EP, Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd, Saka Energi Muriah Ltd, Hydro Village Private Ltd, Kapar Energy Ventures Sdn Bhd, Regas Terminal (Sg Udang) Sdn Bhd, Petronas Dagangan Bhd, Shell MDS (Malaysia) Sdn Bhd, dan Carigali-PTTEPI Operating Co Sdn Bhd.

Jelas Serba Dinamik, perolehan 11 kontrak baharu ini akan memberikan kesan positif kepada pendapatan tahunan kewangan syarikat itu yang akan berakhir pada 30 Jun 2022. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply