Home Semasa 8 lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai Jumaat ini

8 lagi lokaliti di Sabah dikenakan PKPD mulai Jumaat ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan selama 14 hari di beberapa lokaliti di Sabah bermula Jumaat sehingga 26 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, PKPD dilkasanakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, PKPD tersebut akan dikenakan di 3 lokaliti di Tawau iaitu Kampung Kongsi 8; Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Apas Batu 8.

Selain itu, Perumahan Ladang Reka Halus; Perumahan Ladang Boustead Trunkline di Beluran; Kampung Kayu Madang, Kota Kinabalu; Kampung Batition, Kota Marudu dan Kamppung Sunsuron di Tambunan turut dikenakan PKPD dalam tempoh yang sama.

“Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD, hari ni.

Sementara itu, 17 lokaliti PKPD di Sabah yang dijadualkan tamat esok akan dilanjutkan sehingga 26 Ogos depan.

Manakala, 24 lokaliti di Kelantan, Sabah, Pahang dan Sarawak yang dikenakan PKPD pada 30 Julai lalu ditamatkan mengikut jadual yang ditetapkan, iaitu pada 12 Ogos 2021. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply