Home Ekonomi KPMG beri kebenaran Nexia teliti dapatan audit Serba Dinamik

KPMG beri kebenaran Nexia teliti dapatan audit Serba Dinamik

by M.Daim

SHAH ALAM 4 Ogos – Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) memaklumkan firma audit Nexis SSY PLT telah menerima kebenaran KPMG PLT untuk meneliti auditnya ke atas syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

“Ia adalah selaras dengan Seksyen 320 seperti perundangan yang dipatuhi Institut Akauntan Malaysia,” kata syarikat itu dalam pengumuman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Lembaga Pengarah juga mengumumkan bahawa Nexia yang telah menyatakan secara bertulis hasrat mereka untuk menjadi auditor kepada Serba Dinamik bertarikh 3 Ogos lalu,

“Nexia telah dilantik sebagai Auditor Statutori bagi syarikat ini,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply