Home Semasa 257 kematian tertinggi direkodkan, 21 kes meninggal di rumah

257 kematian tertinggi direkodkan, 21 kes meninggal di rumah

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Malaysia mencatatkan peningkatan kematian akibat COVID-19 iaitu sebanyak 257 kes sekali gus menjadi yang tertinggi sejak wabak ini melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes kematian akibat COVID-19 di dalam negara meningkat kepada 9,855 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang terbesar kes kematian dengan mencatatkan 91 kes.

“Sebanyak 74 kes dicacatkan di Kuala Lumpur, Johor (25 kes), Melaka (24 kes), masing-masing 9 kes di Negeri Sembilan dan Perak,

“Manakala 8 kes direkodkan di Kedah, Sabah (6), Terengganu (4), masing-masing 3 kes di Pulai Pinang dan Kelantan, serta 1 kes di Pahang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes kematian melibatkan 137 lelaki dan 137 perempuan manakala warga asing seramai 31 orang.

“Sebanyak 21 kes meninggal dunia di rumah dan 206 pesakit mempunyai pelbagai latar belakang penyakit kronik,” tambahnya.

Terdahulu, Dr Noor Hisham menjelaskan sebanyak 19,819 jangkitan COVID-19 dicatatkan dan ia merupakan kes harian tertinggi direkodkan sejak wabak ini melanda negara.

Pada masa yang sama, beliau menjelaskan, sebanyak 35 kluster baharu telah dikenal pasti melibatkan 20 kluster berpunca dari indeks komuniti, 14 kluster tempat kerja dan 1 aktiviti keagamaan.

Sementara itu, sebanyak 12,704 kes sembuh diccatatkan, sekaligus menjadikan jumlah sembuh akibat wabak itu meningkat kepada 962,733 kes. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply