Home Semasa Ugutan jenayah: Bekas Pengarah Bebas Serba Dinamik didakwa di mahkamah

Ugutan jenayah: Bekas Pengarah Bebas Serba Dinamik didakwa di mahkamah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Bekas pengarah bebas bukan eksekutif Serba Dinamik, Hasman Yusri Yusoff telah didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Isnin lalu.

Hasman Yusri Yusoff

Beliau didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan atas dakwaan melakukan ugutan jenayah terhadap salah seorang ahli lembaga pengarah Serba Dinamik.

Tertuduh berusia 60 tahun itu berdepan dengan hukuman penjara 2 tahun maksimum atau denda, atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

Beliau dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Serba Dinamik pada 16 November 2016.

Beliau bersama 4 ahli pengarah bebas lain telah meletakkan jawatan dari Serba Dinamik pada 24 Jun lalu atas alasan tidak setuju dengan tindakan syarikat mengambil tindakan undang-undang terhadap KPMG.

Hasman merupakan antara 44 individu yang tersenarai sebagai defendan atas kapasiti rakan kongsi KPMG dalam kes saman 1MDB yang difailkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply