Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat PPV Pandu Lalu: 1,111 anggota tentera, keluarga terima suntikan di Ipoh

PPV Pandu Lalu: 1,111 anggota tentera, keluarga terima suntikan di Ipoh

by Nurulhuda

PERAK, 29 Jul – Seramai 1,111 orang yang terdiri dari anggota tentera, ahli keluarga dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) telah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Pandu Lalu Tentera Darat Malaysia (TDM).

TDM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, program tersebut telah dilaksanakan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) bermula pada 26 hingga 28 Julai lalu.

Menurut TDM, program vaksinasi pandu lalu ini merupakan hasil perancangan rapi Sel Kesihatan Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (Mk 2 Briged) yang turut melibatkan sejumlah petugas barisan hadapan yang berkenaan.

Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Mohd Azmurin Mat Khalib ketika membuat lawatan ke PPV Pandu Lalu semalam berkata, program vaksinasi ini dilaksanakan dengan lancar dan mengikut tatacara yang sewajarnya serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

“PPV berkenaan dijalankan bermula 26 hingga 28 Jul 2021 di mana sebanyak 1,116 dos vaksin telah diberikan kepada penerima melibatkan 1,111 anggota, 2 ahli keluarga tentera dan 3 orang awam,

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi memastikan pengurusan vaksinasi COVID-19 dilaksanakan dengan baik sekaligus melancarkan pelaksanaan proses imunisasi selain memberi kemudahan kepada penerima,

“Penerima tidak perlu turun daripada kenderaan dan berjalan jauh ke PPV,

“Hal ini juga bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga yang menitikberatkan aspek kesihatan dan kesejahteraan kendiri selain dapat mengelakkan jangkitan COVID-19 daripada berleluasa,” jelas TDM. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply