LUMUT, 29 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot pukat rawa sorong kerana melanggar syarat sah lesen yang menjalankan aktiviti perikanan di kedudukan lebih kurang 0.4 batu nautika dari Pulau Pasir Hitam, semalam.
Pengarah APMM Negeri Perak Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, rampasan dibuat setelah anggota APMM yang melaksanakan rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) Laut dan Operasi Pintas (Op Pintas) telah mengesan sebuah bot nelayan tempatan dalam keadaan mencurigakan.
“Bot tersebut sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dalam kawasan yang dilarang oleh syarat sah lessen iaitu kurang dari 3.0 batu nautika,
“Selepas menyedari kehadiran bot APMM, kru bot tersebut bertindak melarikan diri dengan cara terjun ke laut dan berenang ke hutan paya bakau yang berhampiran,” katanya.
Tambah Shahrizan, hasil pemeriksaan mendapati kru sedang melakukan aktiviti perikanan dengan menggunakan pukat rawa sorong.
“Bot tersebut berpengkalan di Pantai Remis Perak telah disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 menangkap ikan di zon yang dilarang,
“Bot tersebut dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu Setiawan Perak bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.,
“Nilai rampasan keseluruhan 290 bubu naga dianggarkan berjumlah RM34,800.00 dengan anggaran RM120 setiap unit,” ujarnya.
Dalam pada itu, pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan. -airtimes.my