Home Ekonomi 3.57 bilion unit didagangkan, saham Dinamik tutup tinggi minggu ini

3.57 bilion unit didagangkan, saham Dinamik tutup tinggi minggu ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Sebanyak 3.57 bilion unit saham Serba Dinamik didagangkan pada minggu ini.

Jumlah ini adalah kedua tertinggi untuk tempoh sebulan.

Sebanyak 4.11 bilion unit saham Serba Dinamik pada minggu lalu.

Pada minggu ini, saham Serba Dinamik meneruskan peningkatan tren kenaikan harga semenjak 30 Jun lalu.

Selain daripada itu, saham Serba Dinamik dilihat mula memecahkan trend penurunan yang berterusan semenjak 1 Jun.

Hari ini saham Serba Dinamik ditutup pada harga 45.5 sen, peningkatan sebanyak 4.5 sen (11.13%) selepas dibuka pada harga 41 sen pada Isnin lalu.

Harga Serba Dinamik terus melonjak ke julat tertinggi iaitu 54.5 sen sebelum mengalami penurunan sementara (retracement) pada 7 Julai dan 8 Julai.

Semenjak 1 Julai lalu, pelbagai perkembangan positif dapat dilihat pada Serba Dinamik.

Pada minggu lalu, Serba Dinamik telah mengumumkan pelantikan Ernst & Young sebagai penilai bebas terhadap dapatan audit KPMG.

Isnin lalu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Holdings, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah menegaskan pihak syarikat sedaya upaya memulihkan keadaan dan meyakinkan para pelabur serta pemegan syer syarikat.

Serba Dinamik kemudiannya telah memberi jawapan balas kepada Bursa Malaysia di mana mereka akan melantik syarikat audit untuk menggantikan peranan KPMG pada akhir Julai ini.

Selain daripada itu, Serba Dinamik turut melantik dua pengarah bebas bukan eksekutif baharu syarikat. Mereka ialah bekas Ketua Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dan pengarah bebas bukan eksekutif AIMFLEX Berhad, Siti Zaleha Sulaiman.

Pelantikan kedua-dua individu ini dilihat akan memacu keyakinan pelabur berdasarkan latar belakang profesion mereka. Tambahan pula, Zaleha merupakan bekas Ketua Pengurusan Risiko Korporat di Bursa Malaysia.

Pun begitu, COVID-19 dan perkembangan politik dalam negeri dilihat telah menimbulkan sentimen berhati-hati di kalangan pelabur Bursa Malaysia. Ini dapat dilihat dalam kejatuhan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ke paras 1,514.37 – yang merupakan terendah sejak 18 November 2020.

Pekembangan ini secara tidak langsung memberi impak kepada kaunter saham Serba Dinamik.

Walaupun begitu, para pelabur dilihat begitu yakin dengan prestasi Serba Dinamik dengan melihat prestasi syarikat itu pada tahun-tahun sebelum.

Selain daripada itu, mereka turut menanti beberapa perkembangan positif baharu yang dijangka akan memacu sentimen serta kenaikan harga saham. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply