Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan direka khusus hadapi bencana

COVID-19: DMZ Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan direka khusus hadapi bencana

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Br34jgxyZ7s[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 9 Jul –Zon Pengurusan Bencana (Disaster Management Zone, DMZ) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) mula beroperasi, pada hari ini.

Seramai 10 orang pesakit kategori 3 dan 4 COVID-19 telah dipindahkan ke DMZ HATTM petang tadi.

Mereka ditempatkan di DMZ yang terletak di kawasan parkir di dalam bagunan HATTM.

Zon Pengurusan Bencana (Disaster Management Zone, DMZ) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) telah menyediakan sebanyak 50 buah katil untuk pesakit kategori 3, 4 dan 5 COVID-19. Foto: AirTimes/ Danish

Menariknya, kawasan parkir ini bukanlah seperti kawasan tempat letak kereta yang biasa kita lihat.

Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, DMZ sememangnya dibina secara khusus bagi menangani kes-kes bencana yang besar. Ia dibina di dalam kawasan parkir yang dilengkapkan dengan kemudahan bekalan elektrik, keperluan peralatan perubatan termasuk bekalan oksigen, vacuum ports dan bantuan sokongan perubatan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh, Disaster Management Zonesememangnya dibina secara khusus bagi menangani kes-kes bencana yang besar. Foto: AirTimes/ Danish

“ATM kini akan terus membantu KKM berdasarkan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Kuala Lumpur. Oleh itu ATM diminta untuk menyediakan prasarana kesihatan yang kita bina DMZ iaitu di kawasan parkir HATTM ini,

“Setiap tiang dilengkap dengan bekalan eletrik dan vacuum post. Pembinaan ini bertujuan untuk memastikan HATTM sentiasa bersedia sekiranya berlaku sebarang bencana,

“Manakala dalam situasi COVID-19 pula, kebanyakkan kes yang akan dirujuk ke hospital ini adalah terdiri dari pesakit kategori 3, 4 dan 5 di mana mereka sememangnya memerlukan bekalan oksigen yang secukupnya,” katanya kepad Air Times, hari ini.

Dr Zulkeffeli meninjau persiapan akhir Disaster Management Zone, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), petang tadi. Foto: AirTimes/Danish

ATM bantu KKM hadapi COVID-19

Kehadiran 10 pesakit dari hospital di Lembah Klang ini sekaligus menandakan bermulanya operasi DMZ.

Dr Zulkeffeli berkata, pesakit berkenaan dipindahkan ekoran keperluan katil yang mendesak di HTAR dan ATM telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengendalikan pesakit tersebut di DMZ.

Salah seorang pesakit COVID-19 dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang tiba di DMZ. Foto: AirTimes/Danish

“Seperti mana yang kita sedia maklum jumlah pesakit COVID-19 di Selangor kian meningkat terutamanya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di mana keperluan katil yang amat mendesak sehingga menyebabkan pesakit terpaksa menunggu di bahagian luar Jabatan Kecemasan HTAR,

“Oleh itu, ATM telah berkerjasama dengan pusat Kawalan Zon Tengah yang mengendalikan dan seterusnya melakukan proses pemindahan pesakit ke DMZ HATTM ini,

“DMZ diwujudkan bagi menampung keperluan rawatan pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang semakin meningkat di kawasan Lembah Klang,” jelasnya.

Dr Zulkeffeli meninjau persiapan akhir Disaster Management Zone, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM), petang tadi. Foto: AirTimes/Danish

Beliau menambah, DMZ akan menampung 150 katil secara keseluruhannya. Pada ketika ini, sebanyak 50 katil telah disediakan.

Persiapan pembinaan DMZ ini telah dilakukan oleh ATM dengan kerjasama KKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Difahamkan, DMZ akan digunakan pakai untuk merawat pesakit COVID-19 dari kategori 3, 4 dan 5.

Persiapan pembinaan DMZ ini telah dilakukan oleh ATM dengan kerjasama KKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Foto: AirTimes/Danish

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang telah hadir meninjau persiapan DMZ, pagi tadi.

Affendi menjelaskan, kawasan tempat letak kenderaan di HATTM sememangnya digazetkan sebagai DMZ.

“Ia direka khas semasa awal pembinaan HATTM bagi menghadapi kes-kes bencana kimia dan biologi,”jelasnya.-airtimes.my

Persiapan pembinaan DMZ ini telah dilakukan oleh ATM dengan kerjasama KKM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Foto: AirTimes/Danish

 

 

Related Articles

Leave a Reply