Home Ekonomi Serba Dinamik lantik audit baharu akhir bulan ini

Serba Dinamik lantik audit baharu akhir bulan ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Julai – Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) hari ini menyatakan pelantikan auditor baharu untuk syarikat akan diumumkan pada akhir bulan ini.

Dalam satu jawapan bertulis kepada Bursa Malaysia, Serba Dinamik menyatakan pihaknya akan mengumumkan audit yang dipilih untuk menggantikan KPMG sebaik sahaja pemilihan selesai.

Selain daripada itu, Serba Dinamik turut menjelaskan kenyataan tawaran (Request of Proposal) telah diberikan kepada syarikat-syarikat audit antarabangsa pada 27 Jun lalu.

“Selain daripada itu, pihak syarikat telah memohon satu pertemuan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapat khidmat nasihat mengenai pelantikan juruaudit baharu,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply