Home Semasa Pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan 90% selesai – Pentagon

Pengunduran tentera Amerika Syarikat dari Afghanistan 90% selesai – Pentagon

by M.Daim

WASHINGTON, 7 Julai – Amerika Syarikat menyatakan proses pengunduran tenteranya dari Afghanistan hampir selesai.

Pusat Pemerintahan Tentera Amerika Syarikat (US Central Command (CENTCOM) dalam satu kenyataan menjelaskan proses tersebut telah melebihi 90%.

“Proses pengunduran sedang diteruskan,” katanya.

Menurut pihak CENTCOM, Amerika Syarikat telah menyerahkan 7 fasiliti kepada Kementerian Pertahanan Afghanistan.

Pada 14 April lalu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah mengumumkan pengunduran tentera negara itu dari Afghanistan.

Selain Amerika Syarikat, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut mengundurkan pasukan tentera mereka dari negara Asia Tengah itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply