Home SemasaGlobal Remaja 14 tahun antara individu terlibat penipuan lebih SGD9 juta

Remaja 14 tahun antara individu terlibat penipuan lebih SGD9 juta

by Air Times News Network

SINGAPURA, 4 Jul – Polis Republik Singapura (SPF) sedang menyiasat seorang remaja berusia 14 tahun di antara 334 individu yang terlibat dalam penipuan sebabkan kerugian bernilai lebih SGD9.23 juta.

Jurucakap SPF berkata, seramai 225 lelaki serta 109 wanita sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam 872 penipuan dan sebagai ‘keldai wang’.

“Suspek didakwa terlibat dalam pelbagai penipuan termasuk penyamaran emel perniagaan, sokongan teknikal dan penipuan pekerjaan,” katanya yang dilaporkan media tempatan.

Ia adalah hasil operasi yang dilancarkan seluruh negara bermula 19 Jun lalu oleh Jabatan Ehwal Komersial dan Divisyen Ketujuh SPF. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply