Home Pertahanan dan Keselamatan Warga Indonesia ditahan seludup masuk dadah ke Malaysia

Warga Indonesia ditahan seludup masuk dadah ke Malaysia

by Air Times News Network

TAWAU, 5 Jul – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan dadah dengan menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 28 tahun di Kuala Sungai Tawau, awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mohd Nazari Ismail berkata, hasil kerjasama PPM dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di Sungai Tawau.

“Dua orang suspek cuba melarikan diri tetapi seorang sahaja dapat ditahan manakala seorang lagi dapat melarikan diri,

“Hasil pemeriksaan mendapati beg silang yang di pakai suspek telah menemui sejumlah dadah jenis syabu,

“Nilai rampasan dan tangkapan di anggarkan bernilai RM59 ribu,” katanya dalam laman sosial milik PPM Wilayah 4.

Tambahnya lagi, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau atas kesalahan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mohd Nazri turut berjata, pihaknya akan sentiasa komited dalam menjalankan tangungjawab menguatkuasakan undang-undang negara. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply