Home Ekonomi Rakyat Malaysia diseru ambil peluang beli saham Serba Dinamik 1 lot seorang – Pengasas Malakat Mall

Rakyat Malaysia diseru ambil peluang beli saham Serba Dinamik 1 lot seorang – Pengasas Malakat Mall

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Jun – “Kami menyeru semua rakyat Malaysia terutamanya orang kita untuk bangkit membeli saham minima satu lot (100 unit) Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik),” kata Pengasas Kumpulan Malakat Mall, Fadzil Hashim.

Beliau menegaskan Serba Dinamik merupakan syarikat bumiputera yang berjaya dalam industri minyak dan gas serta perkhidmatan.

Menurut beliau, Rakyat Malaysia di negara ini wajar memberi sokongan kepada syarikat tersebut.

“Ini adalah sebagai tanda sokongan kepada anak syarikat tempatan bertaraf global yang telah menjalankan perniagaan ini dengan berjaya selama 27 tahun,” kata Fadzil dalam satu sidang media maya, hari ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Serba Dinamik merupakan salah satu gergasi minyak dan gas dalam Malaysia.

“Serba Dinamik telah mendapat kontrak yang besar di luar negara. Ini secara langsung dapat membantu ekonomi negara,” ujarnya.

Tambahnya, Serba Dinamik pada ketika ini seolah-olah diserang oleh tangan ghaib yang cuba merosakkan kredibiliti syarikat tersebut.

Tegasnya, serangan terhadap Serba Dinamik secara langsung akan menjejaskan 5,000 keluarga Bumiputera yang merupakan pekerja syarikat tersebut.

“Baru-baru ini, Serba Dinamik mendapat publisiti yang meluas dengan tujuan yang salah,

“Kami hairan bagaimana sebuah syarikat yang berjaya dan mempunyai profil kewangan kukuh mengalami kerugian besar hanya kerana isu kecil audit,

“Pada pandangan kami, isu yang dinyatakan oleh auditor, KPMG adalah perkara yang kecil dan perkara diutarakan hanya memerlukan pengesahan,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply