Home SemasaGlobal Dokumen rahsia pertahanan dijumpai di perhentian bas

Dokumen rahsia pertahanan dijumpai di perhentian bas

by M.Daim

LONDON, 28 Jun – Dokumen sulit setebal 50 muka surat milik Kementerian Pertahanan United Kingdom telah ditemui di sebuah perhentian bas.

Agensi BBC melaporkan dokumen tersebut telah ditemui oleh penduduk bandar Kent pada Khamis lalu.

“Dokumen tersebut merangkumi kandungan emel dan nota pembentangan berkaitan HMS DEFENDER,” kata BBC.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan UK menegaskan pihaknya akan melakukan siasatan terperinci terhadap kecuaian dalam pengendalian dokumen sulit.

“Pihak kami akan lakukan siasatan. Namun, individu yang bertanggungjawab telah pun memaklumkan kepada pihak kementerian terlebih dahulu mengenai kehilangan dokumen tersebut,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan UK. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply