Home Semasa Bantuan Khas COVID-19: Individu miskin tegar, B40 terima RM500 Ogos ini

Bantuan Khas COVID-19: Individu miskin tegar, B40 terima RM500 Ogos ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Seramai 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang bakal menikmati Bantuan Khas COVID-19 (BKC) yang akan disalurkan mulai Ogos ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM500 pada bulan November, manakala RM300 ringgit pada bulan Disember pula.

“Bagi individu bujang kategori miskin tegar pula akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November,” katanya dalam Pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini.

Beliau turut menjelaskan, isi rumah bagi kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala bagi individu bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos nanti.

“Bagi isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori ini akan menerima RM100 ringgit pada bulan Ogos depan,” tambahnya.

Terdahulu, Muhyiddin telah mengumumkan pakej PEMULIH yang berjumlah RM150 bilion bertujuan memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mendepani penularan wabak COVID-19 di dalam negara.

Menurutnya, pakej PEMULIHAN tersebut merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak RM10 bilion yang tertumpu kepada 3 fokus utama iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply