Home Ekonomi Cuai hingga sebabkan kerugian lebih RM 3 bilion, Serba Dinamik saman KPMG

Cuai hingga sebabkan kerugian lebih RM 3 bilion, Serba Dinamik saman KPMG

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jXp7qcfCHTs[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Serba Dinamik Holdings Berhad (SDHB) hari ini mengambil tindakan undang-undang terhadap firma audit KPMG atas dakwaan cuai dalam pengauditan sehingga menyebabkan kerugian lebih RM 3 bilion.

Pengerusi SDHB, Datuk Mohamed Ilyas Pakeer Mohamed menegaskan KPMG memberikan maklumat yang kurang tepat dan tidak berkaitan dengan pendapatan kumpulan.

Jelasnya, kenyataan kurang tepat KPMG merosakkan imej korporat SDHB dan memberi gambaran banyak berlaku ketidakpastian dalam takbir urus kumpulan.

“Kecuaian KPMG telah menyebabkan para pelabur mengalami kerugian lebih daripada RM 3 bilion nilai permodalan pasaran.

“Ini adalah jumlah besar bagi KPMG yang merupakan sebuah syarikat minyak dan gas,” katanya dalam satu sidang media pada hari ini.

Beliau menambah, pihaknya mengambil keputusan untuk menyaman KPMG.

Tegas Ilyas,  operasi SDHB adalah stabil dan mempunyai rekod kewangan yang baik.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang SDHB, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menegaskan isu yang dibangkitkan oleh KPMG tidak terbukti sahih sehingga memerlukan pandangan bebas.

“Sebaliknya isu-isu yang dihadapi oleh KPMG adalah disebabkan oleh kecuaian mereka sendiri semasa melakukan audit,

“Kami berpendapat tindakan KPMG menghentikan proses audit sehingga penilaian bebas pihak ketiga adalah satu kecuaian yang melengahkan penyiapan laporan audit,

“”KPMG seharusnya bertemu dengan SDHB untuk mendapatkan jawapan setiap dapatan masalah audit,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply