Home Semasa Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara hadiri sesi Perbincangan Khas

Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara hadiri sesi Perbincangan Khas

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Raja-Raja Melayu mula tiba di Istana Negara, hari ini bagi menghadiri sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang dijadualkan pada 2.30 petang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah antara yang terawal tiba di Istana Negara pada jam 11.03 pagi dengan diiringi kenderaan pengiring polis.

Kemudiannya turut berangkat tiba, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 12 tengah hari.

Sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah dan akan dipengerusikan baginda.

Perbincangan ini berkaitan dengan usaha memerangi penularan jangkitan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat dan ia kali kedua diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta pada 31 Januari 2019.

Kali pertama Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu dianjurkan dan berlangsung pada 25 Oktober lalu di Istana Negara.

Kenderaan yang membawa Sultan Kedah,Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah tiba bagi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu. Foto: AirTimes/Danish

Turut berangkat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Manakala Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail tiba di Istana Negara mewakili Raja Perlis.

Selain, Raja-Raja Melayu, turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM dan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acrly Sani Abdullah Sani. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

Related Articles

Leave a Reply