Home Semasa Jepun bekal vaksin AstraZeneca kepada Malaysia mulai Julai ini

Jepun bekal vaksin AstraZeneca kepada Malaysia mulai Julai ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Negara Jepun akan membekalkan vaksin AstraZeneca kepada Malaysia mulai Julai ini.

Pihak Kedutaan Jepun di Malaysia dalam satu kenyataan berkata, langkah ini merupakan salah satu simbol persahabatan antara kedua-dua negara.

“Pihak kedutaan akan berkerjasama rapat dengan kerajaan Malaysia untuk membekalkan AstraZeneca kepada masyarakat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Menteri Luar Jepun, Motegi Toshimitsu mengumumkan Tokyo akan membekalkan vaksin yang dihasilkan di Jepun kepada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand mulai Jun ini.

Sejak Mac tahun lalu, Jepun telah memberikan pelbagai bantuan kepada Malaysia dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19.

Antaranya, membekalkan US$ 5 juta peralatan perubatan dan meluluskan bantuan 2500 tablet Avigan  kepada Malaysia. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply