Home SemasaGlobal 28 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ceroboh zon pertahanan udara Taiwan

28 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China ceroboh zon pertahanan udara Taiwan

by M.Daim

TAIPEI, 16 Jun –Taiwan mengesahkan sebanyak 28 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) terbang di dalam Zon Identifikasi Pertahanan Udara (ADIZ) negara pulau itu.

Tentera Udara Taiwan (Republic of China Air Force, ROCAF) dalam satu kenyataan berkata, kesemua pesawat milik PLAAF terbang memasuki kawasan barat dan barat daya ADIZ.

“Amaran telah diberikan kepada pesawat PLAAF melalui radio dan sistem pertahanan udara telah diaktifkan bagi memerhati gerak-geri pesawat China,

“Jet pejuang turut dihantar untuk memintas pesawat penceroboh,” katanya.

Menurut ROCAF, antara yang pesawat yang dikenal pasti memasuki ADIZ adalah 2 buah pesawat Y-8 yang terdiri daripada varian anti kapal selam (ASW) dan peperangan elektronik (EW).

“Turut dikesan adalah 2 buah pesawat sistem kawalan dan amaran udara (AEWC) KJ-500, 4 pesawat pengebom H-6, 14 jet pejuang J-16 dan 6 jet pejuang J-11,” jelas ROCAF.

Menurutnya, kesemua penerbangan tersebut dilakukan di laluan penerbangan yang berasingan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply