Home Semasa Israel bedil Hamas, balas serangan belon dari Gaza

Israel bedil Hamas, balas serangan belon dari Gaza

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ftIElVCUVbU[/embedyt]

GAZA, 16 Jun – Tentera Israel telah melancarkan serangan udara terhadap beberapa sasaran di Gaza,

Serangan berlaku kira-kira 5.55 pagi waktu Malaysia.

Menurut media Palestin, jet pejuang tentera Israel telah membedil beberapa lokasi di Khan Yunis dan Selatan Gaza.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri menyatakan serangan disasarkan ke beberapa lokasi latihan kumpulan pejuang Palestin.

“Beberapa tempat latihan mujahidin telah dibom dengan roket oleh Israel sebagai serangan balas belon berapi yang dilepaskan dari Gaza,

“Ya, Gaza diserang semula,” kata Nadir dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Serangan ini merupakan kali pertama selepas Israel melantik Perdana Menteri baharu, Gordon Bennet.

Hamas dan Israel telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata pada 20 Mei lalu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply