Home Semasa Kapal nelayan langgar syarat lesen di tahan di perairan Kudat

Kapal nelayan langgar syarat lesen di tahan di perairan Kudat

by Air Times News Network

KUDAT, 6 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat berjaya menahan sebuah kapal nelayan tempatan selepas dikesan melanggar syarat lesen di kawasan Perairan Kudat awal pagi semalam.

Pegawai Pemerintah PPM Kudat, ASP Ridzauddin Selamat berkata, bot ronda PPM yang sedang dalam Operasi Benteng COVID-19 telah mengesan kapal nelayan tersebut kira-kira 3 batu nautikal dari Tanjung Tiga Samil.

“Kapal tersebut bersama seorang jurugan dan 2 krew ditahan kerana melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat tunda,

“Mereka menangkap pelbagai jenis ikan dengan anggaran berat keseluruhan 50 kilogram bernilai RM500,

“Nilai keseluruhan rampasan dan kompaun dianggarkan bernilai RM101,000.00,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial PPM Wilayah 4.

Menurut Ridzauddin, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perikanan 1985. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply