Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM usir dan tahan bot nelayan Vietnam kaut khazanah negara

TLDM usir dan tahan bot nelayan Vietnam kaut khazanah negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mengusir sekumpulan bot nelayan asing dan menahan salah satu daripadanya di utara perairan Pulau Tioman, Pahang, pada jam 1.40 pagi semalam.

TLDM dalam satu kenyataan berkata, bertindak daripada maklumat pengesanan radar KD LEKIU, dua bot pemintas Fast Combat Boat (FCB) iaitu FCB 1021 dan FCB 1022 telah bergegas ke lokasi dengan kelajuan melebihi 45 knot.

“Setiba di lokasi, radar FCB telah berjaya mengesan sekumpulan besar bot nelayan asing, yang dipercayai bot nelayan Vietnam (BNV), sedang mengaut khazanah negara secara haram,

“Sebaik menyedari kehadiran 2 buah FCB ini, kesemua BNV tersebut telah menghentikan aktiviti mereka dan bergegas melarikan diri ke perairan antarabangsa,” katanya.

Walau bagaimanapun, bot pemintas FCB berjaya menahan sebuah BNV bersama 19 awak-awak.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kuala Rompin untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Menurut TLDM, kedua-dua buah FCB ini, baru selesai menjalani latihan penyesuaian yang dioperasikan oleh seorang pegawai serta 6 orang krew yang kini berada di bawah pemerintahan Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) di Tanjung Gelang, Pahang.

“Keupayaan FCB TLDM untuk diaturgerakkan dan bertindak dalam tempoh yang singkat diyakini berupaya memberi mesej cegah rintang yang jelas terhadap sebarang cubaan jenayah rentas sempadan,

“Namun, kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang erat di antara TLDM dengan kesemua agensi yang terlibat, baik dari aspek pembinaan FCB ini mahupun perkongsian maklumat serta pelaksanaan operasi,” ujarnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply